Google

Monday, March 24, 2008

Koleksi Terbaru yang Ingin KuMilikki


SEGALANYA UNTUKMU

Harga: RM19.90
Penulis: Aleya Aneesa
Halaman: 544
ISBN: 978-983-124-354-1

Sinopsis:


JANGANKAN di alam sedar, di alam mimpi pun Jehanna Aisya tidak pernah berhajat untuk punya suami. Baginya, pengalaman lalu adalah guru yang paling jujur. Api dendam yang marak terhadap lelaki tidak pernah padam walau tahun demi tahun berlalu. Selagi terdaya, dia akan berlari dan terus berlari walaupun ke hujung dunia.

Katalah apa pun, Fahem Ammar tetap tidak memerlukan wanita ber-gelar isteri dalam hidupnya. Dia bukan jenis lelaki yang akan tunduk pada kehendak hati. Baginya, perkahwinan itu ibarat satu perjudian. Menang atau kalah hanya bergantung kepada nasib. Selagi boleh dielak, dia akan cuba mengelak seberapa daya yang mungkin.

Tapi, itu kata Fahem dan Jehanna yang punya cerita tersendiri, sedangkan janji ALLAH jauh lebih baik daripada itu. Dalam hangatnya mentari yang memancar, mereka dipertemukan dalam keadaan yang tidak diduga. Ada ego yang tercalar, ada hati yang terbakar dan ada pula bibit-bibit rindu yang hadir tanpa disedari.

Namun, bukan hidup namanya jika berjalan di atas garis lurus semata-mata. Bersaksikan Pulau Redang, Fahem melafazkan cinta. Malangnya, pantai yang sama juga menjadi saksi luka di hati Jehanna kembali berdarah. Semuanya kerana Fahem!

Benarkah kepercayaan itu umpama sebuah kristal, cantik memukau mata, tapi sekali terhempas tak mungkin akan dapat bercantum kembali?

USIKAN RINDU

Harga: RM18.00
Penulis: Qaira Qasidah
Halaman: 480
ISBN: 978-983-124-340-4

Sinopsis:

KERANA kasih yang mendalam, Syed Khaled sanggup melarikan Normala daripada dipaksa berkahwin dengan lelaki tua. Mereka sanggup menempuh perjalanan yang panjang semata-mata untuk membuktikan cinta mereka cinta sejati. Mungkin jodoh telah tersurat, Normala dan Syed Khaled berjaya diijab-kabulkan. Dalam manisnya mengecap bahagia, Normala dikejutkan dengan berita yang benar-benar mencabar emosi wanitanya. Dia kini bergelar madu!

Bagi Syed Khaled, walaupun ada dua suri dalam hatinya, nama Normala tetap bertakhta di tempat paling atas. Tiada siapa pun yang dapat memisahkan mereka kecuali maut. Normala adalah cinta pertama yang akan dikenang sampai bila-bila. Tanpa Normala, hidupnya ibarat malam tanpa siang. Tiada arah tujuan dan tiada sebarang harapan.

Sayangnya, panas yang disangka berpanjangan bertukar gerhana sekelip mata. Berita kematian Syed Khaled bagai langit menimpa kepala. Apatah lagi kebenaran yang selama ini tersimpan rapi terbongkar satu demi satu. Anak-anak yang diharap menjadi penyambung kasih antara dua keluarga kini bertelagah. Semuanya gara-gara harta. Madu yang selama ini begitu dingin, mula menunjukkan taringnya. Normala sedih bukan kepalang.

Tapi, sampai bila dia dapat bertahan jika hatinya sering terusik? Dan, mampukah wasiat itu mendekatkan kembali jurang yang semakin luas? Baginya, duka di hati siapalah yang tahu...

KUUTUS RINDU

Harga: RM18.00
Penulis: Intan Arnida
Halaman: 496
ISBN: 978-983-124-354-1

Sinopsis:

KARISSA LISA diceraikan kerana cuba menduakan suaminya. Hidupnya semakin tertekan apabila bekas suami menafikan hak penjagaan dua orang puteri kembar mereka, Puteri Qayrina dan Puteri Qistina.

Pertemuan dengan Tommy Yadees memberikan keyakinan kepada Karissa. Lelaki itulah pembangkit semangatnya, juga merawat kepedihan hidupnya selama ini. Dia sedar kini, kebahagiaan bukan boleh dibeli dengan harta kemewahan.

Lantaran itu, Karissa kembali menjadi wanita yang 'digeruni'. Dendam kesumat terhadap seorang lelaki bernama suami memaksanya bertindak nekad. Lantas, bermulalah detik-detik penyamaran-nya yang penuh makna!

Datuk Mukhris pula semakin resah. Satu rahsia yang telah terpendam sekian lama berjaya dibongkar oleh wanita yang pernah bertakhta di hatinya itu. Ternyata, Karissa bukan calang-calang wanita yang boleh diperbodohkan!

Namun, wajarkah Karissa berdendam sebegitu rupa sehingga tergamak memerangkap ayah kepada anak-anak sendiri? Tercapaikah impian seorang ibu yang ingin membuktikan kasih sayang terhadap sang puteri atau mungkinkah segalanya itu akan hanya membuka pekung di dada dan mencalar maruah insan yang pernah dikasihi?

Yang pasti ada hati yang terluka... ada jiwa yang menderita!

Thursday, March 20, 2008


DIRECTOR MX
Rekabentuk Multimedia dengan DIRECTOR MX

ISBN: 983-2661-31-5

Author: Rosli Ab. Ghani

Publisher: Venton Publishing

100 in stock

RM55.00

Sinopsis : KAWAL BERAT BADAN
Masalah berat badan dan obesiti semakin menjadi-jadi di negara kita. Punca setiap individu menjadi obes berbeza-beza. Pelbagai faktor mempengaruhi termasuk gaya hidup yang melibatkan pemakanan, stres, keseimbangan metabolisme, bahan-bahan yang tidak diperlukan oleh tubuh serta hasil tindak balas tubuh terhadap makanan yang dimakan.

Obesiti bukan sekadar masalah kosmetik yang kelihatan. Ia adalah ancaman kepada kesihatan dan umur anda. Oleh itu, buku ini dihasilkan bagi membantu anda menjalani kehidupan yang sihat. Fakta-fakta menarik berkaitan masalah berat badan dibincangkan secara terperinci dalam bab-bab tersendiri. Langkah-langkah mudah mengawal berat badan juga dijelaskan sebagai panduan berguna untuk anda.

Selain mengandungi pengetahuan yang boleh membantu mengawal atau mengurangkan berat badan, pengalaman pengetahuan dalam buku ini juga boleh membantu anda melambatkan proses penuaan. Semoga anda menjadi insan yang sihat, tegap, kuat, ceria dan cemerlang.


Harga : RM 10.00
Halaman :199
ISBN : 978-983-124-319-0

VARIASI AROMATERAPI


Sinopsis : VARIASI AROMATERAPI
PERNAHKAH anda berasa tertekan dan ingin sekali meredakan stres yang dialami? Pasti saat itu terdetik di hati, alangkah nikmatnya andai tubuh yang lesu ini dibelaindalam suasana haruman yang menyegarkan.

Untuk itu...aromaterapi merupakan salah satu perawatan penjagaan kesihatan yang dapat memberikan ketenangan. Apatah lagi, perawatan ini menggunakan pati organik semula jadi yang diekstrak daripada tumbuh-tumbuhan. Minyak pati ini mengandungi sifat merawat terhadap fizikal dan emosi yang boleh membuatkan anda berasa relaks.

Buku hasil tulisan Bahrin Samah, herbalis berpengalaman ini amat bermanfaat bagi anda yang ingin mendalami dunia aromaterapi. Penggunaan bahasa yang mudah difahami, rekaletak menarik dengan dihiasi foto berwarna menjadikan VARIASI AROMATERAPI amat bermanfaat untuk dimiliki. Setidak-tidaknya, anda lebih yakin lagi untuk mencuba terapi ini.

Antara kandungan menarik:

Pengenalan Aromaterapi
Kaedah menggunakan minyak pati
-Urutan aromaterapi
-Mandian tubuh
-Penjagaan kulit dan tubuh
-Kegunaan bayi
-Merawat gigitan serangga
-Pelbagai kegunaan lain


Harga : RM 19.90
Halaman :144
ISBN : 978-983-124-295-7

Sunday, March 16, 2008




SGS: Pemprograman Web Database Dengan PHP dan MySQL

Author: Mohd. Awal Hakimi

Binding: Softcover, 136 pages
Publisher: Synergy Media

ISBN: 9831976894

Price: RM14.90

Synopsis

Keperluan terhadap Web yang bersifat dinamik telah berkembang dengan pesat. PHP adalah bahasa pemprograman web yang bersifat server side scripting. PHP mampu mewujudkan laman web yang dinamik. PHP dapat mengakses dan memanfaatkan database di MySQL. PHP dan MySQL bersifat open source hinggakan setiap orang mudah mendapatkan dan mempelajarinya.

Buku Student Guide Series Pemrograman Web Database dengan PHP dan MySQL ditujukan untuk para pelajar dan pengguna komputer yang baru supaya dapat mengenal, memahami dan boleh menghasilkan laman web yang dinamik secara praktikal dengan menggunakan PHP dan MySQL.

Setelah mempelajari buku Student Guide Series Pemprograman Web Database dengan PHP dan MySQL ini, diharapkan pembaca akan dapat:
-Mengenal Web Server Apache, PHP, dan MySQL.
-Memahami Asas-Asas PHP.
-Memahami dan Menggunakan Pemilihan, Perulangan serta Array dalam Kod Program.
-Memahami PHP Lebih Lanjut.
-Memahami Asas-Asas MySQL.
-Memahami dan Menggunakan SQL dalam Mengelola Database.
-Melakukan Kerjasama Antara PHP dengan MySQL.


Ini Juga akan ku beli.....

SGS: Pemprograman Web Menggunakan HTML, CSS dan JavaScript


SGS: Pemprograman Web Menggunakan HTML, CSS dan JavaScript

Author: Nor Hasyima Baharudin

Binding: Softcover, 136 pages
Publisher: Synergy Media

ISBN: 9831976908

Price: RM14.90

Synopsis

Laman web adalah kemudahan internet yang paling sering digunakan. Web sudah berkembang sedemikian pesat dewasa ini. Banyak laman web baru di internet dan perkembangan tersebut menarik minat ramai untuk mempelajari bagaimana cara menghasilkannya. Membuat sebuah laman web tidaklah susah. Sebuah laman web sederhana dan informatif dapat dihasilkan dengan cepat menggunakan HTML, CSS dan JavaScript.


Buku Student Guide Series Pemrograman Web Menggunakan HTML, CSS, dan JavaScript ini ditujukan untuk para pembaca agar dapat mengenal memahami dan boleh menghasilkan laman web yang praktikal dan interaktif.

Setelah mempelajari buku Student Guide Series Pemrograman Web Menggunakan HTML, CSS, dan JavaScript ini, diharapkan pembaca dapat:
-Mengenai dan Memahami Dasar-Dasar HTML
-Membuat dan Menggunakan Hyperlink dan List dalam Web
-Menampilkan dan Menggunakan Gambar dalam Web
-Membuat dan Menggunakan Frame dan IFrame dalam Web
-Membuat dan Menggunakan Tabel dalam Web
-Membuat dan Menggunakan Form dalam Web
-Memahami, Membuat, dan Menggunakan Cascading StyleSheet (CSS)
-Memahami dan Menggunakan JavaScript untuk Menambah Fungsi Web

*Buku ini yang akan kubeli...Tapi tak jumpa lagi.....

SGS: Macromedia Flash MX


SGS: Macromedia Flash MX

Author: Syaiful Maizan Adnan

Binding: Softcover, 136 pages
Publisher: Synergy Media

ISBN: 9831976800

Price: RM14.90

Synopsis

Flash merupakan sebuah program yang mengkagumkan. Program ini barti dijalankan Macromedia kurang dari 10 tahun, namun sudah memiliki tempat tersendiri di Internet. Flash mampu membuat halaman internet yang asalnya membosankan menjadi lebih hidup dengan adanya animasi, musik dan interaktiviti dengan pengguna. Buku Student Guide Series Macromedia Flash MX ini ditujukan untuk para siswa dan pemula pengguna komputer agar dapat mengenal apa itu Flash, apa yang dapat dilakukan, konsep-konsep dasar penggunaan Flash, termasuk juga contoh aplikasi penggunaannya. Buku ini memperlihatkan material-material dan contoh sederhana.Semua perkara ini boleh terus dipraktikkan oleh pembaca dengan mudah.

Setelah mempelajari buku Student Guide Series Macromedia Flash MX diharapkan pembaca dapat:
- Mengenal Flash
- Membuat Gambar dengan Flash
- Membuat Animasi
- Membuat Mask
- Menggunakan ActionScript