Google

Monday, March 24, 2008

Koleksi Terbaru yang Ingin KuMilikki


SEGALANYA UNTUKMU

Harga: RM19.90
Penulis: Aleya Aneesa
Halaman: 544
ISBN: 978-983-124-354-1

Sinopsis:


JANGANKAN di alam sedar, di alam mimpi pun Jehanna Aisya tidak pernah berhajat untuk punya suami. Baginya, pengalaman lalu adalah guru yang paling jujur. Api dendam yang marak terhadap lelaki tidak pernah padam walau tahun demi tahun berlalu. Selagi terdaya, dia akan berlari dan terus berlari walaupun ke hujung dunia.

Katalah apa pun, Fahem Ammar tetap tidak memerlukan wanita ber-gelar isteri dalam hidupnya. Dia bukan jenis lelaki yang akan tunduk pada kehendak hati. Baginya, perkahwinan itu ibarat satu perjudian. Menang atau kalah hanya bergantung kepada nasib. Selagi boleh dielak, dia akan cuba mengelak seberapa daya yang mungkin.

Tapi, itu kata Fahem dan Jehanna yang punya cerita tersendiri, sedangkan janji ALLAH jauh lebih baik daripada itu. Dalam hangatnya mentari yang memancar, mereka dipertemukan dalam keadaan yang tidak diduga. Ada ego yang tercalar, ada hati yang terbakar dan ada pula bibit-bibit rindu yang hadir tanpa disedari.

Namun, bukan hidup namanya jika berjalan di atas garis lurus semata-mata. Bersaksikan Pulau Redang, Fahem melafazkan cinta. Malangnya, pantai yang sama juga menjadi saksi luka di hati Jehanna kembali berdarah. Semuanya kerana Fahem!

Benarkah kepercayaan itu umpama sebuah kristal, cantik memukau mata, tapi sekali terhempas tak mungkin akan dapat bercantum kembali?

USIKAN RINDU

Harga: RM18.00
Penulis: Qaira Qasidah
Halaman: 480
ISBN: 978-983-124-340-4

Sinopsis:

KERANA kasih yang mendalam, Syed Khaled sanggup melarikan Normala daripada dipaksa berkahwin dengan lelaki tua. Mereka sanggup menempuh perjalanan yang panjang semata-mata untuk membuktikan cinta mereka cinta sejati. Mungkin jodoh telah tersurat, Normala dan Syed Khaled berjaya diijab-kabulkan. Dalam manisnya mengecap bahagia, Normala dikejutkan dengan berita yang benar-benar mencabar emosi wanitanya. Dia kini bergelar madu!

Bagi Syed Khaled, walaupun ada dua suri dalam hatinya, nama Normala tetap bertakhta di tempat paling atas. Tiada siapa pun yang dapat memisahkan mereka kecuali maut. Normala adalah cinta pertama yang akan dikenang sampai bila-bila. Tanpa Normala, hidupnya ibarat malam tanpa siang. Tiada arah tujuan dan tiada sebarang harapan.

Sayangnya, panas yang disangka berpanjangan bertukar gerhana sekelip mata. Berita kematian Syed Khaled bagai langit menimpa kepala. Apatah lagi kebenaran yang selama ini tersimpan rapi terbongkar satu demi satu. Anak-anak yang diharap menjadi penyambung kasih antara dua keluarga kini bertelagah. Semuanya gara-gara harta. Madu yang selama ini begitu dingin, mula menunjukkan taringnya. Normala sedih bukan kepalang.

Tapi, sampai bila dia dapat bertahan jika hatinya sering terusik? Dan, mampukah wasiat itu mendekatkan kembali jurang yang semakin luas? Baginya, duka di hati siapalah yang tahu...

KUUTUS RINDU

Harga: RM18.00
Penulis: Intan Arnida
Halaman: 496
ISBN: 978-983-124-354-1

Sinopsis:

KARISSA LISA diceraikan kerana cuba menduakan suaminya. Hidupnya semakin tertekan apabila bekas suami menafikan hak penjagaan dua orang puteri kembar mereka, Puteri Qayrina dan Puteri Qistina.

Pertemuan dengan Tommy Yadees memberikan keyakinan kepada Karissa. Lelaki itulah pembangkit semangatnya, juga merawat kepedihan hidupnya selama ini. Dia sedar kini, kebahagiaan bukan boleh dibeli dengan harta kemewahan.

Lantaran itu, Karissa kembali menjadi wanita yang 'digeruni'. Dendam kesumat terhadap seorang lelaki bernama suami memaksanya bertindak nekad. Lantas, bermulalah detik-detik penyamaran-nya yang penuh makna!

Datuk Mukhris pula semakin resah. Satu rahsia yang telah terpendam sekian lama berjaya dibongkar oleh wanita yang pernah bertakhta di hatinya itu. Ternyata, Karissa bukan calang-calang wanita yang boleh diperbodohkan!

Namun, wajarkah Karissa berdendam sebegitu rupa sehingga tergamak memerangkap ayah kepada anak-anak sendiri? Tercapaikah impian seorang ibu yang ingin membuktikan kasih sayang terhadap sang puteri atau mungkinkah segalanya itu akan hanya membuka pekung di dada dan mencalar maruah insan yang pernah dikasihi?

Yang pasti ada hati yang terluka... ada jiwa yang menderita!

Thursday, March 20, 2008


DIRECTOR MX
Rekabentuk Multimedia dengan DIRECTOR MX

ISBN: 983-2661-31-5

Author: Rosli Ab. Ghani

Publisher: Venton Publishing

100 in stock

RM55.00

Sinopsis : KAWAL BERAT BADAN
Masalah berat badan dan obesiti semakin menjadi-jadi di negara kita. Punca setiap individu menjadi obes berbeza-beza. Pelbagai faktor mempengaruhi termasuk gaya hidup yang melibatkan pemakanan, stres, keseimbangan metabolisme, bahan-bahan yang tidak diperlukan oleh tubuh serta hasil tindak balas tubuh terhadap makanan yang dimakan.

Obesiti bukan sekadar masalah kosmetik yang kelihatan. Ia adalah ancaman kepada kesihatan dan umur anda. Oleh itu, buku ini dihasilkan bagi membantu anda menjalani kehidupan yang sihat. Fakta-fakta menarik berkaitan masalah berat badan dibincangkan secara terperinci dalam bab-bab tersendiri. Langkah-langkah mudah mengawal berat badan juga dijelaskan sebagai panduan berguna untuk anda.

Selain mengandungi pengetahuan yang boleh membantu mengawal atau mengurangkan berat badan, pengalaman pengetahuan dalam buku ini juga boleh membantu anda melambatkan proses penuaan. Semoga anda menjadi insan yang sihat, tegap, kuat, ceria dan cemerlang.


Harga : RM 10.00
Halaman :199
ISBN : 978-983-124-319-0

VARIASI AROMATERAPI


Sinopsis : VARIASI AROMATERAPI
PERNAHKAH anda berasa tertekan dan ingin sekali meredakan stres yang dialami? Pasti saat itu terdetik di hati, alangkah nikmatnya andai tubuh yang lesu ini dibelaindalam suasana haruman yang menyegarkan.

Untuk itu...aromaterapi merupakan salah satu perawatan penjagaan kesihatan yang dapat memberikan ketenangan. Apatah lagi, perawatan ini menggunakan pati organik semula jadi yang diekstrak daripada tumbuh-tumbuhan. Minyak pati ini mengandungi sifat merawat terhadap fizikal dan emosi yang boleh membuatkan anda berasa relaks.

Buku hasil tulisan Bahrin Samah, herbalis berpengalaman ini amat bermanfaat bagi anda yang ingin mendalami dunia aromaterapi. Penggunaan bahasa yang mudah difahami, rekaletak menarik dengan dihiasi foto berwarna menjadikan VARIASI AROMATERAPI amat bermanfaat untuk dimiliki. Setidak-tidaknya, anda lebih yakin lagi untuk mencuba terapi ini.

Antara kandungan menarik:

Pengenalan Aromaterapi
Kaedah menggunakan minyak pati
-Urutan aromaterapi
-Mandian tubuh
-Penjagaan kulit dan tubuh
-Kegunaan bayi
-Merawat gigitan serangga
-Pelbagai kegunaan lain


Harga : RM 19.90
Halaman :144
ISBN : 978-983-124-295-7

Sunday, March 16, 2008




SGS: Pemprograman Web Database Dengan PHP dan MySQL

Author: Mohd. Awal Hakimi

Binding: Softcover, 136 pages
Publisher: Synergy Media

ISBN: 9831976894

Price: RM14.90

Synopsis

Keperluan terhadap Web yang bersifat dinamik telah berkembang dengan pesat. PHP adalah bahasa pemprograman web yang bersifat server side scripting. PHP mampu mewujudkan laman web yang dinamik. PHP dapat mengakses dan memanfaatkan database di MySQL. PHP dan MySQL bersifat open source hinggakan setiap orang mudah mendapatkan dan mempelajarinya.

Buku Student Guide Series Pemrograman Web Database dengan PHP dan MySQL ditujukan untuk para pelajar dan pengguna komputer yang baru supaya dapat mengenal, memahami dan boleh menghasilkan laman web yang dinamik secara praktikal dengan menggunakan PHP dan MySQL.

Setelah mempelajari buku Student Guide Series Pemprograman Web Database dengan PHP dan MySQL ini, diharapkan pembaca akan dapat:
-Mengenal Web Server Apache, PHP, dan MySQL.
-Memahami Asas-Asas PHP.
-Memahami dan Menggunakan Pemilihan, Perulangan serta Array dalam Kod Program.
-Memahami PHP Lebih Lanjut.
-Memahami Asas-Asas MySQL.
-Memahami dan Menggunakan SQL dalam Mengelola Database.
-Melakukan Kerjasama Antara PHP dengan MySQL.


Ini Juga akan ku beli.....

SGS: Pemprograman Web Menggunakan HTML, CSS dan JavaScript


SGS: Pemprograman Web Menggunakan HTML, CSS dan JavaScript

Author: Nor Hasyima Baharudin

Binding: Softcover, 136 pages
Publisher: Synergy Media

ISBN: 9831976908

Price: RM14.90

Synopsis

Laman web adalah kemudahan internet yang paling sering digunakan. Web sudah berkembang sedemikian pesat dewasa ini. Banyak laman web baru di internet dan perkembangan tersebut menarik minat ramai untuk mempelajari bagaimana cara menghasilkannya. Membuat sebuah laman web tidaklah susah. Sebuah laman web sederhana dan informatif dapat dihasilkan dengan cepat menggunakan HTML, CSS dan JavaScript.


Buku Student Guide Series Pemrograman Web Menggunakan HTML, CSS, dan JavaScript ini ditujukan untuk para pembaca agar dapat mengenal memahami dan boleh menghasilkan laman web yang praktikal dan interaktif.

Setelah mempelajari buku Student Guide Series Pemrograman Web Menggunakan HTML, CSS, dan JavaScript ini, diharapkan pembaca dapat:
-Mengenai dan Memahami Dasar-Dasar HTML
-Membuat dan Menggunakan Hyperlink dan List dalam Web
-Menampilkan dan Menggunakan Gambar dalam Web
-Membuat dan Menggunakan Frame dan IFrame dalam Web
-Membuat dan Menggunakan Tabel dalam Web
-Membuat dan Menggunakan Form dalam Web
-Memahami, Membuat, dan Menggunakan Cascading StyleSheet (CSS)
-Memahami dan Menggunakan JavaScript untuk Menambah Fungsi Web

*Buku ini yang akan kubeli...Tapi tak jumpa lagi.....

SGS: Macromedia Flash MX


SGS: Macromedia Flash MX

Author: Syaiful Maizan Adnan

Binding: Softcover, 136 pages
Publisher: Synergy Media

ISBN: 9831976800

Price: RM14.90

Synopsis

Flash merupakan sebuah program yang mengkagumkan. Program ini barti dijalankan Macromedia kurang dari 10 tahun, namun sudah memiliki tempat tersendiri di Internet. Flash mampu membuat halaman internet yang asalnya membosankan menjadi lebih hidup dengan adanya animasi, musik dan interaktiviti dengan pengguna. Buku Student Guide Series Macromedia Flash MX ini ditujukan untuk para siswa dan pemula pengguna komputer agar dapat mengenal apa itu Flash, apa yang dapat dilakukan, konsep-konsep dasar penggunaan Flash, termasuk juga contoh aplikasi penggunaannya. Buku ini memperlihatkan material-material dan contoh sederhana.Semua perkara ini boleh terus dipraktikkan oleh pembaca dengan mudah.

Setelah mempelajari buku Student Guide Series Macromedia Flash MX diharapkan pembaca dapat:
- Mengenal Flash
- Membuat Gambar dengan Flash
- Membuat Animasi
- Membuat Mask
- Menggunakan ActionScript

Lagenda Budak Setan


Lagenda Budak Setan

Author: Ahadiat Akashah

Binding: Softcover, 662 pages (2005)

Publisher: Rocket Kertas Sdn Bhd
ISBN: 9834248253

Price: RM21.90

Synopsis

Lagenda Cinta Terhebat Musim Ini

Kasyah & Ayu - Azmi & Ayu - Kasyah, Ayu & Katerina

membuat jiwa, meruntun perasaan, mengundang ceria
segala suka duka terhimpun di sini.

adakah senyuman yang tercipta atau air mata kesudahannya?
hanya Tuhan yang menentukan segalanya...

Lebih satu dekad Kasyah mencipta cinta.
Dari lelaki yang tak pernah kenal erti kasih sayang...dia menjadi pencinta agung.
Dia tabah mengharungi apa saja...demi sumpahnya mencintai Ayu sehingga ke akhir hayat.
Setulus manakah agaknya cinta seorang lelaki yang pernah dilabelkan sebagai budak setan kerana kenakalannya di zaman persekolahan?
Namun, berjayakah dia menyunting Ayu menjadi permaisurinya?
Akan bahagiakah dia?
Mampukah dibuktikannya pada dunia...cinta adalah segala-galanya!
Cuma Ayu yang punyai jawapan itu.
Dan, Allah sebagai penentu!
Dan, siapakah pula Katerina?!

Nie antara Novel terawal yang aku miliki......Zaman-zaman sekoleh dulu..Ada sambungan dia..tah mana aku letakkan...heheheh..memang best giler laa...

Kemarau DiHati


Price: RM19.90


Perlu diapakan pada sebuah suratan? Kesal. Sesiapa pun akan menyesali andai inilah takdir yang harus diterima. Milik kita hanyalah pertemuan... milik kita hanyalah impian... milik kita yang abadi adalah perpisahan. Memang ini ujian. Memang ini ketetapan. Menerima atau menolak... kita tidak diberi pilihan. Suami... yang terakhir ini... kasih sayang kian terasa dekatnya. Sentuhan... kian terasa hangatnya. Belaian... kian terasa betapa aku belum puas merasa nikmat kehidupan. Suami... yang aku tinggalkan ialah warisan yang tidak sempat aku corakkan warnanya... keturunan yang tidak sempat kuasah bakatnya dan seorang suami yang kasih sayangnya umpama mata air yang tidak pernah kering alirannya....

TanpaMu Di Sisi


Penulis : Puteri Andalas
RM Semenanjung : 18.00
RM Sabah Dan Serawak : 14.00
"Andai cinta itu bukan milikku..aku relakan engkau pergi. Namun, jika engkau sememangnya ditakdirkan untuk aku..jangan biarkan aku ditinggal sepi!"

Manusia biasa seperti Irma Julita mempunyai hati yang kepingin bercinta dan dicintai. Namun, ada segunung rasa yang amat digeruni oleh Irma. Apa akan terjadi andai kisah hitam keluarganya diketahui? Mahukah keluarga Syed Herizal menerima dirinya nanti?

Harga Runcit: RM18
Harga Ahli KKN: RM14

Seperti ada kupu-kupu dalam perut la.....

Masakan Berempah


Sinopsis : ANEKA MASAKAN BEREMPAH
Kari kepala ikan, rendang tok, dendeng daging, rendang ayam dan pelbagai masakan lagi yang pastinya menyelerakan untuk dicuba.
Aneka masakan berempah memberikan anda rasa dan aroma yang sungguh menyelerakan. Apatah lagi dimakan dengan nasi minyak, nasi beriani, roti dan sebagainya.

Harga : RM 5.50
Halaman :48
ISBN : 983-124-113-4

Nie saja jer beli...hehehh nak belajar memasak..konon-kononnyer nk tambah hati suami ler nanti...

Kasih Seharum Lavender


Penulis : Eita Ashyta
RM Semenanjung : 19.00
RM Sabah Dan Serawak : 15.00
"Hatiku dipanah rasa, mindaku diusik bayanganmu dan setitis haruman kasihku mewangi tanpa sedar.."
Pada satu detik itu, dia mewah dengan kasih sayang. Sayangnya, cahaya yang diharap berpanjangan itu, hadirnya sekejap cuma. Kehilangan insan yang paling bererti buat dirinya melontarkan dia ke pelusuk duka. Benarkah sekeping hati yang perlu dicari itu bukan Hadif pemiliknya? Mampukah kasih seharum lavender itu terus dia kecapi?

Nie pun best giler...Bile baca terasa diawang-awangan..hahahh....tak pasal jer..

Ku Seru Kasihmu


Penulis : Izzul Izzati
RM Semenanjung : RM18
RM Sabah Dan Serawak : RM14
Memiliki kasih Hakimi dari alam kampus hanyalah mimpi-mimpi indah Afrina semata-mata. Menjadi milik Hakimi apatah lagi. Impian semakin jauh, lantaran jejaka idaman turut menjadi rebutan dua orang sahabat baiknya sendiri. Dia sedia mengalah, memberikan laluan dan ruang biarpun hati sendiri sakit memendam rasa kecewa. Bertambah menjerut rasa tatkala Hakimi menyambut baik cinta salah seorang daripada mereka. Namun dugaan hadir tanpa dipinta, langsung tidak terlintas di fikiran. Musibah datang jua menimpa antara dia dan Hakimi. Suratan ataupun kebetulan? Sukar untuk ditafsirkan. Tetapi apa yang pasti, ada rahsia yang perlu diselindungkan. Ada cerita yang harus disembunyikan dan disimpan kemas daripada pengetahuan umum terutama kawan-kawannya. Kasihnya kepada Hakimi tidak boleh dibiarkan sepi. Cabaran Afrina, kasih Hakimi harus dimiliki dengan apa jua cara sekalipun. Namun relakah dia dikatakan sebagai 'muka tembok' demi menyeru kasih Hakimi? Persoalannya... mampukah Afrina menyeru kasih Hakimi sedangkan cinta Hakimi tetap teguh kepada kekasih hati?

Inilah novel terbitan kakinovel yang pertama kumiliki...Ceritanyer memang best giler laa...


Thursday, March 13, 2008

Koleksi Ku

Ini lah antara koleksi ku..Banyak lagi, nanti-nanti ler nak upload perlukan masa yang banyak..Dah ler buat nie masa waktu kerja....Kena tangkap ngan bos naya jer...hehheheheh...

Oh ni ada satu Mutiara kata yang ingin saya kongsikan di sini:
"Pandanglah alam ciptaan illahi ini dengan pandangan mata hari kerana hati yang bersih mampun menyingkap kebenaran sunnatullah lebih hebat dari pandangan mata sebenar yang kadangkala menipu diri sendiri"
Renung-renunglaa....

KOMPILASI FESYEN TUDUNG





TAJUK : KOMPILASI FESYEN TUDUNG
PENYELENGGARA : Wan Rohana Wan Abdul Manaf
HARGA : RM7.00
HaLAMAN : 64
ISBN : 986-124-098-7







Sinopsis : KOMPILASI FESYEN TUDUNG Ingin serlahkan diri dengan penampilan baru? Khusus untuk anda, dapatkan idea menarik daripada fesyen bertudung yang dipaparkan.

Tatacara langkah demi langkah menjadikan ia mudah diikuti dan difahami. Trend bertudung juga lebih variasi; dengan corak serta gaya yang berbeza.

Wednesday, March 12, 2008

VARIASI SENI JAHITAN





TAJUK : VARIASI SENI JAHITAN

: Rosita Jaafar
HARGA : RM21.00
HaLAMAN : 200
ISBN : 983-124-121-5







Sinopsis : VARIASI SENI JAHITAN Berkonsepkan 3 dalam 1; fesyen, imej dan sulaman. Dilengkapi panduan membentuk imej diri agar penampilan lebih menarik.

Pelajari cara-cara melukis pola, memotong fabrik & menjahit 33 rekaan fesyen; kasual, pejabat, kontemporari, tradisional, majlis dan pengantin. Memuatkan teknik asas sulaman tangan, sulaman manik labuci, kemasan kelim & ros satin.

VARIASI GUBAHAN BUNGA



TAJUK : VARIASI GUBAHAN BUNGA

: Wan Rohana Wan Abdul Manaf
HARGA : RM19.90
HaLAMAN : 176
ISBN : 983-124-131-2







Sinopsis : VARIASI GUBAHAN BUNGA Sudah lama anda mengimpikan untuk menggubah sendiri jambangan bunga, namun setiap kali mencuba, hasilnya tidak begitu memuaskan. Akhirnya, anda memilih jalan ringkas; cukuplah sekadar menempah atau membeli sahaja. Tetapi, tunggu dahulu! Bersama Sharnas Razni, anda pasti temui alternatifnya.

VARIASI GUBAHAN BUNGA menghimpunkan ratusan idea gubahan bunga segar dan bunga kering yang boleh dilakukan sendiri. Bagi anda yang inginkan kelainan, pelajarilah kepelbagaian teknik gubahan; dari gaya biasa dan kedesaan kepada yang terkini, tersendiri dan berseni. Saksikan sendiri himpunan fotografi berwarna dilengkapi panduan langkah demi langkah yang jelas dan mudah difahami.

Khusus bagi anda yang baru mula mencuba mahupun jika anda seorang penggubah bunga amatur yang ingin mencipta kelainan, kehadiran VARIASI GUBAHAN BUNGA ini pasti mampu merealisasikan impian selama ini. Tanpa melibatkan kos yang tinggi, cuba lakukan sendiri dan pastinya kepuasan menjadi milik diri!




TAJUK : OMBAK RINDU
PENULIS : Fauziah Ashari
HARGA : RM19.90
HaLAMAN : 576
ISBN : 983-124-029-9











Sinopsis : OMBAK RINDU IZZAH adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.

Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.

Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?

SEHANGAT ASMARA




TAJUK : SEHANGAT ASMARA

: Aisya Sofea
HARGA : RM19.90
HaLAMAN : 560
ISBN : 983-837-036-3











Sinopsis : SEHANGAT ASMARA Kamilia Najwa & Zainal Arief. Pandang pertama mereka memutikkan cinta dan berakhir dengan perkahwinan di London tanpa restu keluarga. Namun, badai asmara mereka sentiasa membakar di sebuah bilik kecil di Oxford dengan janji sehidup semati.

Kebahagiaan mereka tiba-tiba terhenti! Zainal terpaksa pulang ke tanah air dengan janji akan kembali lagi. Sejak itu hingga menginjak sembilan tahun lamanya, Zainal tidak pernah pulang sedangkan Kamilia terus menanti dengan air mata dan sengsara.

Tanpa diduga, Zainal muncul kembali. Datangnya untuk menuntut Misya, anak comel yang selama ini ‘disembunyikan’ oleh Kamilia. Dendam kesumat Kamilia terhadap Zainal tidak pernah padam. Anehnya, ‘dendam rindunya’ terhadap lelaki itu lebih kuat dan mengusik perasaannya.

Benarkah dia membenci lelaki itu? Dan hipokritkah Zainal bila menyatakan hanya Kamilia seorang di hatinya.

RINDU YANG PERGI



TAJUK : RINDU YANG PERGI

: Fazie Hanna
HARGA : RM13.00
HaLAMAN : 352
ISBN : 983-124-152-5












Sinopsis : RINDU YANG PERGI Hidup ini sukar diramalkan; terlalu penuh dengan kesukaran, kepahitan dan kesakitan. Bukan mudah sebenarnya untuk menggapai bahagia. Kadangkala betapa kebahagiaan itu cuba dihampiri, namun semakin jauh ia pergi.

Nia Karmila... nama yang indah itu tidak seindah dengan hidup yang dilaluinya. Dugaan yang menimpa dirinya meragut segala kegembiraan yang dimiliki. Kebahagiaannya punah dalam sekelip mata. Hati mana yang tidak luluh, andai kehidupan menjadi pertaruhan. Hati mana yang tidak gundah, mahu menanggung keperitan yang tidak ada penyudah. Cuma yang tinggal, semangat yang ada kalanya goyah bersama keperitan yang datang menerjah.

Namun, kuasa ALLAH mengatasi segala. Hadir seorang lelaki bersama kasihnya yang tidak pernah padam. Rashdan... lelaki yang sanggup menerima segala kekurangan. Lelaki penyayang itu menyedarkan dia, membuat dia mengerti, hidup sebenarnya penuh misteri. Setiap hari ketika mentari muncul, dia bersyukur kerana masih bernafas. Setiap hari apabila mentari pergi, dia menanti penuh debar hari-hari yang mendatang.

Lalu wanita di ufuk pasrah ini menanti dengan doa, semoga suatu saat nanti penderitaan itu akan berlalu pergi. Lalu dia menanam tekad di hati, dia mahu sepuas-puasnya menikmati hidup ini dengan kasih sayang yang diberi....

SATU JANJI



TAJUK : SATU JANJI

: Ramlee Awang Murshid
HARGA : RM19.90
HaLAMAN : 568
ISBN : 983-124-118-5












Sinopsis : SATU JANJI Balas dendam, pencarian keluarga kandung, keadilan, kasih sebuah percintaan, air mata dan kesetiaan seorang lelaki yang bernama suami, adalah satu janji yang melingkari hidup Luqman.

Tragedi pembunuhan ayah Luqman, telah membuka satu rahsia yang menjadi hijab jalur pengkhianatan. Pada ketika inilah Luqman menemui Adelia Mustapha. Kasih dan cinta Luqman, rupa-rupanya menjadi racun berbisa di hati Adelia.

Janji yang begitu teguh di hati Luqman akhirnya membawa musibah. Dengan segala kudrat, Luqman berusaha bangkit untuk menggapai janjinya semula.

Dan di hadapannya ada seseorang yang telah menghulurkan tangan untuk membantu Luqman melaksanakan satu janji yang pernah terungkai.